“Everett Ross” Akan Kembali Dalam Filem Sekuel Black Panther 2

1052
views

Nampak gayanya, ejen CIA Everett Ross akan kembali membantu T’Challa dalam filem sekuel Black Panther 2. 

Ketika bercakap kepada Collider mengenai filem terbarunya Ode to Joy, pelakon Martin Freeman mengesahkan bahawa dia akan kembali memainkan peranan sebagai ejen CIA dalam filem sekuel Ryan Coogler Black Panther

“Setakat yang saya tahu, saya akan kembali dalam filem Black Panther seterusnya. Itulah pemahaman saya. Mengenai bila yang akan berlaku, saya tidak tahu.”

Mengenai bila filem Black Panther 2 akan memulakan penggambaran dan tayangannya, Freeman menjelaskan bahawa tidak tahu mengenai pekara tersebut.

Semasa di sesi panel San Diego Comic Con yang lalu, Black Panther 2 tidak disenaraikan dalam filem-filem Marvel Fasa 4, dan dijangka filem sekuel tersebut mungkin akan berada dalam fasa 5 MCU.

Peminat-peminat boleh menantikan pengumuman rasmi dari pihak studio semasa di Expo D23 mengenai perancangan filem Black Panther 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here