Walaupun filem sekuel Ant-Man iaitu Ant-Man and the Wasp belum lagi memulakan pengambaran dan sesi fotografi, pelakon utama filem berkenaan, Evangeline Lilly sudahpun menunjukkan kepada peminatnya kostum yang bakal dipakai oleh aktress tersebut dalam filem akan datang.
Beliau yang baru selesai melakukan “fitting” kostum yang bakal dipakai olehnya dalam filem akan datang telah memuatnaik sebuah gambar kostum The Wasp menerusi laman Twitter nya dan memberi bayangkan kepada penonton rupa bentuk kostum The Wasp dalam filem sekuel tersebut.
Had a fitting for my #Wasp costume last week. Am I the only one getting excited????? #eee #antmanandthewasp #marvel @marvel pic.twitter.com/YafBFFznGS
— Evangeline Lilly (@EvangelineLilly) May 23, 2017
Aktress tersebut kelihatan sangat teruja dengan kostum yang bakal dipakai olehnya nanti. Cuma, kostum tersebut kelihatan agak sama dengan kostum Ant-Man, hanya skirt dan sayap yang membezakan penampilan diantara kedua-dua karakter superhero tersebut.
Malah jika dibandingkan dengan versi komik, warna The Wasp adalah kuning dan hitam, sinonim dengan warna serangga tebuan. Selain itu juga, ia kelihatan sangat berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam post-credit scene filem Ant-Man yang lalu.

Diharap, gambar yang dimuatnaik oleh Evangeline Lilly bukanlah kostum yang bakal dipakai olehnya kerana ia bukan saja tidak menepati versi komik, malah tiada perbezaan diantara The Wasp and Ant-Man. Jika ia adalah kostum yang dipakai oleh beliau, karakternya sepatutnya dipanggil Ant-Girl, bukannya The Wasp.