Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Evan Peters Dilaporkan Bakal Bawa Watak Utama Dalam Siri WANDAVISION

Menurut laman Murphy’s Multiverse, bintang X-Men, Evan Peters dilaporkan telah ditandatangani oleh Marvel Studios untuk memainkan peranan penting dalam siri Disney + WandaVision. 

Perincian lanjut mengenai wataknya bagaimanapun tidak didedahkan, tetapi jika berita itu disahkan, ianya sangat menarik kerana Peters sebelum ini pernah melakonkan watak Quicksilver, abang kepada Wanda dalam tiga filem terakhir X-Men terbitan Fox.

Walaupun muncul dipenghujung francais X-Men, lakonan Peters sebagai Quicksilver menerima reaksi positif sehingga dia segera menjadi kegemaran para peminat-peminat filem Marvel.

Ditetapkan pada era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif WandaVision, manakala Matt Shakman mengarahkan siri ini.

WandaVision akan menemui penonton pada musim bunga 2021.

Related posts

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Malaysian Kids Discover Outer Space in ‘Elliott from Earth’ – Now on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment