Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Sejak bermulanya Marvel Cinematic Universe, Marvel Studios masih belum pernah menerima status ‘Rotten’ di laman Rotten Tomatoes. Itu adalah satu pencapaian yang sangat mengagumkan jika kita mengambil kira usia MCU yang telah dilancarkan sejak tahun 2008. Namun begitu, pencapaian Marvel Studios bakal tercalar apabila filem terbarunya, Eternals, tidak berada dilandasan yang tepat untuk diberikan status ‘fresh’ oleh Rotten Tomatoes. 

Dengan jumlah 95 ulasan, filem blockbuster pertama Chloé Zhao itu hanya sekadar mencatatkan skor 63% di aggregator ulasan Rotten Tomatoes. Ini menjadi Eternals, filem Marvel Studios yang diulas ‘paling teruk’ setakat ini, dibelakang Thor: The Dark World (66%) dan dan The Incredible Hulk (67%).

Buat masa ini, Konsensus Pengkritik berbunyi: “An ambitious superhero epic that soars more often than it strains, Eternals takes the MCU in intriguing — and occasionally confounding — new directions.”

Walaupun mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik, dan skornya yang hampir mencecah status ‘Rotten’, rata-rata peminat tidak sabar untuk menyaksikan Eternals yang dikatakan akan mengubah hala tuju Marvel Studios. Walau apapun ulasannya, pekara yang paling penting sekali adalah kutipan box office. Diharapkan, prestasi Eternals dipentas box office setanding dengan apa yang diterima oleh Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 

Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.

Eternals akan ditayangkan di pawagam pada 5 November ini.

 

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment