Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Eternals Menjadi Filem Pertama MCU Yang Mendapat Status ‘Rotten’

Nampaknya, banyak pengkritik antarabangsa tidak suka dengan filem terbaru Marvel Cinematic Universe Eternals.

Semakan dilaman Rotten Tomatoes mendapati, filem arahan Chloé Zhao itu telah mendapat rating sebanyak 57 peratus dari 145 ulasan, menjadikan filem pertama MCU yang mendapat status ‘Rotten’ di laman tersebut. Sejak tayangan perdana di Los Angeles pada 18 Oktober yang lalu, Eternals telah menerima tekanan yang hebat apabila ratingnya semakin menurun, melepasi dua filem MCU yang mendapat rating sekitar 60 peratus; Thor: The Dark World (66%) dan The Incredible Hulk (67%).

Pengkritik dari Houston Chronicle, Cary Darling menyifatkan Eternals sangat membosankan walaupun menampilkan pelbagai bangsa, umur dan jantina. 

“Eternals” mencipta sejarah sebagai filem superhero yang paling pelbagai dari segi bangsa, jantina, orientasi, umur dan kebolehan…dan itu luar biasa…Tetapi itu tidak mengubah hakikat bahawa mereka terperangkap dalam cerita yang membosankan dan boleh diramal”

Bagi Steve Rose dari Guardian, “Eternals tidak betul-betul membosankan – sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dilihat – tetapi ia juga tidak begitu menarik, dan ia tidak mempunyai kecerdasan filem terbaik Marvel.”

Pengkritik dari Empire Magazine, John Nugent memberi rating positif untuk filem ini, iaitu 3/5, tetapi menyifatkan Eternals tidak dapat lari dari klise superhero. “Kemasukan Pengarah Chlo Zhao ke dalam dunia adiwira adalah terjamin, bercita-cita tinggi dan diceritakan pada skala kosmik yang memeningkan- tetapi ia tidak dapat lari daripada klise penceritaan adiwira.”

Sementara itu, di Metacritic, Eternals mencatatkan ‘metascore’ yang cukup sederhana, iaitu 54 dari 36 ulasan – 15 ulasan menjurus kepada positif, manakala 19 ulasan bercampur-campur dan 2 ulasan negatif. Eternals menjadi filem MCU yang mendapat rating paling rendah di Metacritic, disamping Thor: The Dark Worldyang juga mendapat rating yang sama

Buat masa ini, rating penonton untuk Eternals dikedua-dua laman itu masih belum dibuka memandangkan filem tersebut hanya akan ditayangkan kepada umum pada 5 November ini. 

Eternals – Rotten Tomatoes

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 

Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.

Penonton di Malaysia berpeluang menyaksikan Eternals seawal 3 November 2021.

 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment