Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

“Eternals” Dapat Teaser Trailer & Poster Rasmi Pertama

Marvel Studios akhirnya telah melancarkan teaser trailer pertama Eternals, filem terbaru MCU yang sangat dinantikan, arahan pemenang Oscar Chloe Zhao dan dibintangi pelakon bintang seperti Salma Hayek, Angelina Jolie, Gemma Chan, dan Richard Madden. Filem ini akan datang di pawagam pada 5 November 2021.  

Video ini bermula dengan kedatangan pahlawan-pahlawan hebat ke Bumi, di mana mereka akan membimbing dan mengajar penduduknya untuk mengembangkan peradaban manusia selama bertahun-tahun. Ia juga menggerakkan semangat dan kerja berpasukan antara pasukan super yang abadi serta melihat hubungan antara Sersi dan Ikaris.


Turut dipaparkan dalam video tersebut adalah penampilan pertama Eternals dengan kostum mereka, anda boleh melihat teaser di pemain video dibawah, berserta poster rasmi pertama. 

Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Filem arahan Chloe Zhao ini ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo. 

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment