Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Eternals’ Catat Kutipan Minggu Pembukaan Kedua Terbaik Di Era Pandemik

Walaupun diselubungi ulasan negatif dari pengkritik, filem epik adiwira terbaru Marvel Studios, Eternals, masih berjaya mencipta rekod minggu pembukaan kedua terbaik di seluruh dunia dalam era pandemik dengan kutipan $161.7 juta dolar, lapor Deadline.

Dari jumlah tersebut, sebanyak $71 juta dolar telah di kutip dari pasaran domestiik A.S – angka yang lebih rendah dari yang disasarkan, iaitu sekitar $80-85 juta dolar. Ini meletakan Eternals dibelakang dua filem terbaru MCU yang ditayangkan pada tahun ini, iaitu Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings yang mengutip $75 juta dolar dan Black Widow, yang mengutip $80 juta dolar. 

Untuk rekod, Shang-Chi dan Black Widow telah mengumpul $418 juta dolar dan $376 juta dolar seluruh dunia, dan dijangkakan Eternals mampu mencatatkan kutipan yang sama sepanjang tayangannya di pawagam. Filem ini juga turut menunjukkan prestasi yang baik di pawagam IMAX dengan mengutip $13.6 juta dolar seluruh dunia. 

Sementara itu, filem terbaru Warner Bros. Dune telah kehilangan sebilangan besar pawagam IMAX kepada Eternals, menduduki tangga kedua pada minggu ketiga tayangannya dengan kutipan $7.6 juta dolar. Sehingga sekaranga, filem epik sains-fiksyen itu telah mengutip $83.9 juta dolar di pasaran domestik A.S. dan $307 juta dolar seluruh dunia. 

Filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond, No Time to Die berjaya mengatasi kutipan Casino Royale ($616 juta dolar) untuk menjadi filem ketiga paling laris dalam francais James Bond. Sehinggakini, No Time to Die telah mengumpul $667 juta dolar seluruh dunia, dibelakang Spectre yang mengutip $881 juta dolar dan Skyfall yang mengutip $1.1 bilion dolar. No Time to Die akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 25 November ini.

 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment