Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Esom Tidak Dapat Sertai “Taxi Driver” Musim Dua Disebabkan Konflik Jadual

Esom tidak akan menyertai Musim 2 drama SBS Taxi Driver. 

Menurut laporan JoyNews24 (via Soompi), Esom memutuskan untuk tidak menyertai musim kedua Taxi Driver, pekara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Artis Company.


“Telah diputuskan bahawa Esom tidak akan membintangi drama SBS ‘Taxi Diver 2.'” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi. 

“Pemilihannya sebagai pelakon telah dibincangkan, tetapi ia agak sukar baginya untuk membintangi musim terbaru kerana isu jadual.”

Esom kini bersedia untuk membintangi beberapa projek akan datang termasuklah Black Knight, Starlight Fall dan Gil Bok Soon (tajuk literal).

Musim pertama Taxi Driver dibintangi Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Sung dan Pyo Ye Jin, dan ia mengenai perkhidmatan teksi misteri yang memberikan keadilan dan membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak boleh mendapatkan bantuan daripada undang-undang.

Lee Je Hoon memainkan peranan sebagai Kim Do Gi, bekas pegawai pasukan khas yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan itu, manakala Esom berperanan sebagai pendakwa raya Kang Ha Na yang mula curiga terhadap Kim Do Gi dan perkhidmatan teksi yang luar biasa.

Taxi Driver akan menjalani penggambaran Musim 2 tidak lama lagi.

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment