
Sony Pictures Entertainment Malaysia telah menetapkan tarikh tayangan Escape Room: Tournament of Champions, iaitu pada 21 Oktober ini.
Dalam filem kali ini, enam orang secara tidak sengaja mendapati diri mereka terkunci dalam satu lagi rangkaian bilik melarikan diri. Ketika cuba bertahan, mereka mula menyedari bahawa mereka semua pernah bermain permainan yang sama sebelum ini.
Turut menyertai barisan pelakon adalah Indya Moore (Pose), Holland Roden (Teen Wolf), Thomas Cocquerel (The 100), dan Carlito Olivero (Bad Samaritan). Pengarah filem terdahulu, Adam Robitel kembali menjadi pengarah untuk sekuel kali ini. Lakonlayar ditulis oleh Will Honley, Oren Uziel, Maria Melnik (Escape Room), dan Daniel Tuch, berdasarkan cerita oleh Honley, Christine Lavaf, dan Fritz Bohm.