Berita

ESCAPE ROOM 2 Tukar Tarikh Tayangan Ke Disember 2020

Views

Escape Room 2 sepatutnya ditayangkan pada April ini, namun disebabkan beberapa masalah tertentu, iannya ditunda ke bulan Ogos. Kini, media hiburan antarabangsa mendedahkan, filem sekuel terbitan Sony Pictures ini sekali lagi mengubah tarikh tayangannya iaitu pada 30 Disember 2020.

Dipenghujung filem pertama, dua karakter yang terselamat iaitu Ben (lakonan Logan Miller) dan Zoey (lakonan Taylor Russell) telah membuat keputusan untuk kembali ke tempat yang hampir meragut nyawa mereka dan berazam menghapuskan organisasi disebalik permainan maut itu.

Berkemungkinan besar, sekuel akan datang akan meneruskan kisah mereka.

Adam Robitel, yang mengarahkan filem pertama, akan kembali dalam sekuel kali ini. Barisan pelakon juga terdiri daripada bekas bintang Orphan, Isabelle Fuhrman akan memainkan watak yang masih belum didedahkan kepada umum, Holland Roden, Indya Moore, Thomas Cocquerel dan Carlito Olivero.

Filem pertama Escape Room yang ditayangkan Januari 2019 telah memberi pulangan besar kepada pihak studio apabila berjaya meraih $155 juta dolar berbanding kos pembikinan hanya $9 juta dolar. Kejayaan tersebut telah mendorong pihak studio untuk menghasilkan filem kedua.

Tinggalkan Balasan

shares