Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Escape Plan 2: Hades Review

 

Tidak dinafikan, filem Escape Plan 2013 boleh dikatakan filem ‘penjara’ yang agak menarik. Walaupun bukan ditahap sebagai sebuah karya ‘masterpiece’, tetapi filem yang dibintangi oleh Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger itu memberikan satu konsep filem begitu segar kepada penonton.

Didorong kejayaan filem pertama, sekuel filem tersebut telah dihasilkan. Bagaimanapun, filem yang berjudul Escape Plan 2: Hades ini menyaksikan Arnold Schwarzenegger tidak kembali membawakan wataknya dari filem sebelum ini.

Diarahkah oleh Steven C. Miller, hanya Sylvester Stallone dan Curtis “50 Cent” Jackson sahaja yang kembali membawakan watak masing-masing, selebihnya dipenuhi dengna muka-muka baru seperti  Dave Bautista, Huang Xiaoming, Jaime King, Jesse Metcalfe, Titus Welliver, dan Wes Chatham.

Seperti filem pertama, Escape Plan 2: Hades mengisahkan usaha proantagonis melarikan diri sebuah penjara yang begitu rumit dan dikawal oleh komputer. Selepas berjaya melarikan diri penjara The Tomb dalam filem pertama, Ray Breslin telah membina sebuah syarikat keselamatan. Bagaimanapun, seorang demi seorang pekerja keselamat Breslin telah diperangkap dan dihumban ke sebuah penjara yang begitu moden dan rumit yang dikenali sebagai Hades. Bagi menyelamatkan pekerjanya, Breslin telah menemui Trent DeRosa (Dave Bautista) dan meminta bantuan rakannya itu dalam usaha menyelamat yang akhirnya membawa mereka kepada dalang disebalik kejadian yang menimpa kepada rakan-rakan Breslin.

Tidak seperti filem pertama Escape Plan, sekuel kali ini bagi saya agak teruk dari pelbagai segi. Aksi, kualiti lakonan, plot filem, visual malah kualiti sinematografi agak jauh kebelakang jika hendak dibandingkan dengan filem pertama. Steven C. Miller yang banyak terlibat dengan projek-projek gred-B gagal memberikan babak aksi yang menarik dalam filem kali ini. Walaupun Miles Chapman terlibat dalam penulisan skrip filem pertama, beliau gagal memberi kelainan dalam filem kali ini dan membuatkan Hades seperti kitar semula filem pertama.

Jika filem pertama penonton boleh lihat usaha mereka merancang untuk melarikan diri agak mendebarkan dan rumit untuk diselesaikan, filem kali ini perancangan mereka untuk melarikan diri tidak begitu jelas, malah penonton di’rasuah’kan mata dengan aksi ‘royal rumble’ yang agak lembik dan tidak menarik. Plot twistnya juga sangat mudah untuk dijangka malah babak klimaksnya juga tidak begitu mengujakan dan mendebarkan.

Dalam filem kali ini, karakter Shu yang dilakonkan oleh Huang Xiaoming lebih menonjol dari filem-filem lain. Karakter Breslin dan DeRosa bagi saya sekadar karakter tempelan seolah-olah pihak studio dilihat sekadar ingin menjual nama Sylvester Stallone dan Dave Bautista bagi melariskan jualan. Jujur saya katakan, kedua-dua watak tersebut jika tiada dalam filem ini, masih tidak memberi kesan kepada perjalanan filem.

Kesan visual filem ini agak rendah kualitinya, tiada bezanya kualiti CGI filem ini dengan filem-filem tempatan. Mungkin kerana budget pembikinan yang rendah menyebabkan kesan visual filem ini tidak begitu kemas dan realistik.

Secara keseluruhannya, Escape Plan 2: Hades merupakan sebuah filem aksi dan filem sekuel yang gagal. Gagal dari pelbagai segi dan juga gagal untuk menandingi kehebatan filem pertama. Nyata sekali Escape Plan 2: Hades adalah sebuah filem yang anda tidak akan tonton kembali dimasa hadapan.

Rating Kakimuvee: 4/10

Related posts

Review Filem: Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train (2020)

Hasib Anwar

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod 26-28

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Ahmad Fariszuan