Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Episode 18 & 19 “The Penthouse” Dinilai 19+

Dua episod The Penthouse seterusnya akan diberi rating 19+.

Menurut perkongsian dari Soompi, laman rasmi drama tersebut telah kongsikan gambar kecil The Penthouse, dan meletakkan rating 19+. Sehubungan dengan itu, pasukan produksi telah mengumumkan pekara tersebut. 

“Hasil penilaian dalaman, kami memutuskan untuk menilai episod 18 sebagai 19+. Siaran episod 19 juga akan dinilai 19+.”

Sebelum ini episod 4 telah diberi rating 19+. 

The Penthouse adalah kisah wanita yang berusaha untuk mencapai matlamat mereka memasuki masyarakat tinggi dengan menjadi “ratu” di penthouse tingkat 100 di Gangnam, yang merupakan puncak kejayaan di matanya. Drama ini juga akan menyentuh tentang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi penjahat untuk melindungi diri sendiri.

Episod 18 dan 19 akan keudara pada 28 dan 29 Disember jam 10.00 malam waktu Korea Selatan.

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha