
Drama tvN Hometown Cha-Cha-Cha kekal nombor satu walaupun mencatatkan sedikit penurunan rating pada episod terbaru.
Menurut Nielsen Korea (via Sompi), Hometown Cha-Cha-Cha memperoleh rating 8.1 peratus untuk episod terbaru, menandakan penurunan penilaian penonton berbanding episod sebelum. Walaubagaimanapun, drama tersebut masih kekal nombor satu di slot waktunya di semua saluran kabel.
Sementara itu, drama JTBC Lost berjaya membalikkkan trend penurunan apabila episod terbarunya berjaya mencatatkan peningkatan rating. Selepas jumlah penonton menurun selama empat episod terakhirnya, Lost mencatatkan skor purata sebanyak 2.3 peratus.
Lost adalah siri TV pertama oleh pengarah filem pemenang anugerah Hur Jin-ho (April Snow, Dangerous Liaisons), dan berkisarkan tentang bagaimana dua jiwa yang hilang terhubung dan saling membantu. Siri ini boleh di strim di iQiyi, manakala Hometown Cha-Cha-Cha tersedia di Netflix.
Strim Hometown Cha-Cha-Cha