Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Vincenzo berakhir dengan jayanya!

Episod terakhir drama popular yang dibintangi Song Joong Ki dan Jeon Yeo Bin itu berjaya mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang perjalanan drama ini.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), siri finale Vincenzo telah merekodkan purata rating sebanyak 14.6 peratus dan kemuncaknya sebanyak 16.2 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran termasuklah rangkaian siaran awam.

Selain itu juga, Vincenzo turut mencapai rating keenam tertinggi dalam sejarah tvN, dibelakang Crash Landing on You, Goblin, Reply 1988, Mr. Sunshine, dan Mr. Queen.

Sementara itu, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters turut mencapai penilaian tertinggi setakat ini. Episod terbaru drama hit itu telah merekodkan purata rating sebanyak 24.7 peratus dan 28.1 peratus. Akhir sekali di MBN, drama terbaru Bossam: Steal the Fate mencapai rating 3.0 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.1 peratus untuk episod kedua. 

Related posts

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Leave a Comment