Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Episod Pilot “Powerpuff Girls” Gagal, Terpaksa Dibuat Semula

Belum ditayangkan di televisyen, tetapi terpaksa di ‘reboot’ semula. Itulah yang berlaku pada siri akan datang The CW, Powerpuff Girl yang terpaksa di buat semula selepas disifatkan gagal oleh Ketua Pegawai Eksekutif CW yang juga penerbit siri, Mark Pedowitz.

Menurut Pedowitz, mereka terlepas pandang beberapa pekara penting sehingga terpaksa mengambil keputusan itu. 

“Sebab utama kita buat episod pengenalan adalah untuk melihat elemen yang kita terlepas. Dan episod ini sememangnya tidak menjadi. Daripada pelakonnya, kami memang percayakan mereka. Begitu juga dengan penulis serta produksi.

“Bagaimanapun, disebabkan masih banyak elemen tidak cukup, kami mahu membuat penggambaran semula. Justeru, kami tidak teruskan apa yang kami ada buat masa sekarang,” katanya.

Menurutnya lagi, episod pengenalan Powerpuff Girl terlalu dibuat-buat dan tidak kelihatan realistik seperti yang diharapkan. Justeru, CW tidak mahu menghampakan penonton dengan hasil yang tidak memuaskan. Apalagi kisah adaptasi daripada animasi itu sememangnya cukup terkenal dan dinantikan pengikutnya.

Penghasilan semula siri Powerpuff Girl tidak memberi kesan pada barisan pelakon yang terdiri daripada Chloe Bennet, Dove Cameron, Yana Perrault, and Donald Faison.

The Powerpuff Girls diciptakan oleh Craig McCracken dan memulakan debut pada tahun 1998, berpusat pada Professor Utonium ketika dia berusaha untuk mencipta gadis kecil yang sempurna, tetapi berakhir dengan terciptanya trio Blossom, Bubbles dan Buttercup dari gabungan gula, rempah, semua yang bagus dan Chemical X yang misterius. Siri ini mendapat pujian ramai selama jangka masa enam musim. Filem pertama telah ditayangkan pada tahun 2002, dan mendapat kejayaan kritikal dan komersial yang sederhana.

Related posts

Cheryl Hines & Margaret Cho Sertai Musim Ke-2 The Flight Attendant

Kakimuvee

Siri Netflix “Cowboy Bebop” Meluaskan Dunia Anime, Tetapi Tidak Melanggar Canon

Kakimuvee

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Leave a Comment