
Produksi drama tvN “Mouse” mengumumkan bahawa episod pertama drama thriller itu akan dinilai ’19+’. Ini kerana episod pertama akan menyampaikan genre thriller semaksimum mungkin, dan juga menunjukkan ‘pemangsa jahat’ yang paling teruk bahkan di kalangan psikopat.
Mouse adalah drama misteri thriller yang ditetapkan di dunia dimana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu. Drama ini berpusat pada persoalan, “Adakah anda akan melahirkan anak itu dengan mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”
Lee Hee Joon disahkan akan membintangi drama ini sebagai Go Moo Chi, seorang detektif yang ibu bapanya dibunuh ketika dia masih muda dan bersedia menggunakan segala cara untuk membalas dendam atas kematian mereka. Lee Seung Gi bergabung dengannya sebagai Jung Ba Reum, seorang pegawai polis muda yang bersemangat dan mempercayai keadilan.
Turut membuat penampilan adalah Park Ju Hyun, yang berperanan sebagai senior sekolah menengah yang mahir dalam seni mempertahankan diri, dan Kyung Soo Jin sebagai seorang pengarah produksi berbakat yang terjerat dengan seorang pembunuh semasa kecil.
“Mouse” akan memulakan episod pertama pada 3 Mac jam 10.30 malam waktu tempatan. Tonton teaser disini.
Sumber: Soompi