
Drama Jumaat-Sabtu terbaru JTBC Hush memulakan episod pertamanya dengan begitu baik sekali.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), Hush telah merekodkan purata rating sebanyak 3.4 peratus, jumlah penonton yang jauh lebih tinggi dari drama sebelumnya, More Than Friends yang hanya memperoleh rating sekitar 1 peratus sepanjang siaranya.
Han Jun Hyeok (Hwang Jung Min) adalah wartawan veteran untuk sebuah akhbar. Niatnya menjadi wartawan adalah untuk mengejar keadilan, tetapi prinsipnya kini bertentangan antara idealisme dan pragmatisme. Han Jun Hyeok juga mesti menangani masalah peribadi sebagai suami dan ayah.
Lee Ji Su (Yoona) adalah seorang wartawan praktikal yang berani dan tidak takut untuk mengatakan apa yang perlu dikatakan. Apabila dia bertemu dengan Han Jun Hyeok sebagai mentornya, dia mula mengimpikan untuk menjadi wartawan yang ada prinsip.
Hush boleh ditonton di platform streaming iQIYIMalaysia setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.00 malam.