Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Episod Kedua “Vincenzo” & “Times” Catat Peningkatan Rating

Episod kedua drama tvN “Vincenzo” dan OCN “Times” menyaksikan peningkatan rating.

Selepas mencapai rating episod pembukaan ketiga tertinggi untuk drama hari minggu dalam sejarah tvN, drama terbaru Song Joong Ki “Vincenzo” menyaksikan peningkatan rating untuk episod kedua dengan purata skor sebanyak 9.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 10.8 peratus. 

Episod kedua drama lakonan Lee Jong Yung dan Lee Seo Jin, “Times” turut mendapat respon positif penonton dengan mencatatkan purata rating sebanyak 2.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.4 peratus, peningkatan berbanding episod pertama,

Sementara itu di TV Chosun, drama “Love (ft. Marriage and Divorce)” merekodkan purata rating sebanyaj 8.7 peratus, manakala drama KBS 2TV “Homemade Love Story” kekal menjadi drama yang paling banyak tontonan dengan purata rating sebanyak 30.2 peratus dan 32.4 peratus untuk dua bahagiannya. 

Advertising

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

“Vincenzo” dan “Love (ft. Marriage and Divorce)” boleh ditonton diplatform penstriman Netflix.

Sumber: Soompi

Advertising

Related posts

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

“The Penthouse 2” Lepasi Angka 20 Peratus!, “Vincenzo” Capai Rating Pembukaan Ketiga Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

The Penthouse 2 Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Tinggi

Zulaikha

Leave a Comment