Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Ending dan Mid Scene Credit Power Rangers dan Kaitannya Dalam Filem Akan Datang

Amaran: Artikel ini mengandungi Spoiler untuk filem Power Rangers 2017

Pertarungan diantara Rita Repulsa dan Power Rangers bukanlah pertarungan pertama dan terakhir mereka dalam franchise Power Rangers. Dijangka intergalactic villain tersebut akan kembali untuk mengancam bumi dan memusnahkan Power Rangers yang ditugaskan untuk menjaga Bumi dari diserang kuasa jahat.

Berdasarkan apa yang diucapkan oleh Rita Repulsa di penghujung filem Power Rangers, bukan dia sahaja yang mahu memusnahkan Bumi, ramai lagi villain yang menunggu masa untuk menyerang dan menghapuskan Rangers dan seluruh hidupan di planet Bumi.

Adakah Rita mati dipenghujung filem? sebenarnya tidak kerana dia hanya ‘ditampar” oleh Megazord dan tercampak ke angkasa. Namun harus diingat. Rita tidak menyerahkan syilling Green Rangers kepada Power Rangers, malah superhero berkenaan tidak sempat untuk merampasnya dari Rita selepas mereka secara tidak sengaja “tertampar” villain berkenaan yang cuba menyerang mereka pada masa itu. Rita kemungkinan besar akan kembali dalam filem akan datang dan bakal membawa konco-konconya yang lain demi menyelesaikan misi jahatnya.

Mid Scene Credit

Bagi yang sudah menonton filem ini, pasti tidak berganjak dari tempat duduk semata-mata mahu menonton mid scene credit filem Power Rangers. Apa yang menariknya mengenai Mid Scene Credit ini ialah nama Tommy Oliver telah disebut dalam babak tersebut. Ini menandakan karakter Tommy akan muncul dalam filem akan datang.

Apa yang menariknya Tommy Oliver? Tommy adalah ahli keenam Power Rangers dan dia merupakan watak asal Green Rangers dalam siri TV popular Power Rangers yang diterbitkan awal tahun 90an. Karakter Tommy Oliver juga merupakan karakter paling kuat dan paling lama muncul dalam siri-siri televisyen Power Rangers. Dia juga pernah menjadi White Rangers, Red Rangers dan juga Black Rangers.

Kemunculan Tommy Oliver membuatkan kami dapat menangkap sedikit plot yang mungkin berlaku dalam filem akan datang. Tommy Oliver semasa kemunculan awal dalam siri televisyen Power Rangers (5 episode) merupakan musuh kepada Jason, Power Rangers dan juga Zordon. Dia juga mahir dalam seni mempertahankan diri dan sangat kuat, malah Tommy pernah menewaskan Jason dalam pertandingan seni bela diri disekolah mereka di Angel Groove. Kelebihannya itu telah membuatkan Rita Repulsa mengenakan sihir dan menjadikannya sebagai villain serta menggunakan Tommy untuk memerangi Power Rangers dan Zordon. Cara Rita menjadikan Tommy sangat berkuasa ialah dengan memberikan “power coin” kepada Tommy dan menjadikannya sebagai Green Rangers yang sangat berkuasa sukar untuk ditewaskan. Namun Jason berjaya menyelamatkan Tommy selepas menewaskannya dalam pertarungan satu-lawan-satu dan mengajak Tommy untuk menyertai Power Rangers dan memerangi Rita Repulsa.

Jason vs Tommy

Jadi memandangkan Rita belum lagi mati dan masih memiliki Power Coin Green Rangers, kemungkinan dalam filem akan datang, Tommy Oliver akan memperolehi kuasa Green Rangers nya melalui Rita dan plotnya mungkin lebih kurang sama seperti 5 episod awal Green Rangers yang mana episod tersebut merupakan siri Green Rangers memihak kepada Rita Repulsa dan cuba menghapuskan Power Rangers.

Kami berpendapat, karakter Tommy Oliver akan datang merupakan seorang antagonis yang akan memerangi Power Rangers bersama-sama Rita sebelum diselamatkan oleh Jason dan seterusnya menjadi Power Rangers keenam. So, jika anda beranggapan Rita Repulsa sudah mati dalam filem ini, anda boleh memikirkan semula kerana, Rita bakal kembali dan dia satu-satunya faktor untuk Tommy Oliver bertukar menjadi Green Rangers dalam  filem akan datang.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment