Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Empire Magazine Dedah Pandangan Terbaru THE SUICIDE SQUAD

Empire Magazine telah mendedahkan pandangan terbaru The Suicide Squad di laman Twitter rasmi milik mereka. 

The Suicide Squad menjadi paparan muka hadapan majalah Empire Magazine untuk keluaran akan datang. Pandangan terbaru itu menampilkan pasukan penjahat DC yang terdiri daripada Harley Quinn (Margot Robbie), Peacemaker (John Cena), Bloodsport (Idris Elba) dan ramai lagi. Anda boleh lihat paparan muka hadapan Empire Magazine dibawah. 

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Related posts

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Akan Mulakan Produksi Pada 2021

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating