Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Empat Lagi Sekuel Filem Avatar Akan Dihasilkan

avatar-wallpaper-android-9-avatar-2-delayed-again-jpeg-222839

Pengarah tersohor James Cameron yang menggegarkan dunia perfileman dengan Titanic hari ini mengumumkan bakal muncul dengan empat lagi sekuel bagi filem Avatar.

Filem Avatar yang masih memegang rekod sebagai filem terlaris sepanjang zaman dengan kutipan AS$2.8 bilion (RM10.6 bilion) di seluruh dunia akan disusuli Avatar 2 pada tahun 2018.

Menurut The Hollywood Reporter, tiga lagi sekuel dijadualkan menyusul pada tahun 2020, 2022 dan 2023.

“Kami telah membuat keputusan untuk menjalani proses perfileman besar-besaran,” ujar Cameron di acara CinemaCon yang diadakan di sini.

Cameron turut menjelaskan tiga sekuel yang dirancang sebelum ini tidak cukup untuk menyampaikan kisah sebenar mengenai alam sekeliling dan watak filem tersebut.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, saya telah bekerjasama dengan empat orang penulis lakon layar yang hebat. Apa yang saya boleh katakan, imaginasi mereka luar biasa. Ini (empat sekuel) akan jadi satu pengembaraan epik,” tambahnya.
Bintang utama Avatar, Zoe Saldana dan Sam Worthington dijangka akan muncul semula untuk Avatar 2 bersama-sama Sigourney Weaver dan Stephen Lang.

Related posts

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee

THE BATMAN: Tonton Video Klip Selina Kyle/Catwoman Lakonan Zoe Kravitz

Kakimuvee

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee