Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Emma Stone Hidupkan Watak Villain Ikonik Disney Dalam Trailer ‘Cruella’

Selepas Maleficent, Disney kini bersedia untuk membawa satu lagi watak villain ikonik mereka ke layar perak menerusi filem Cruella. Pemenang Oscar Emma Stone memainkan peranan utama sebagai Cruella de Vil, penjahat dalam One Hundred and One Dalmatians.

Cruella ditetapkan pada tahun 1970an di Kota London, dimana ia mengisahkan pereka fesyen muda Estella de Vil yang obses dengan kulit anjing, terutamanya baka Dalmatians, sehinggalah dia menjadi legenda yang kejam dan menakutkan yang dikenali sebagai Cruella. 

Filem terbaru ini diarahkan oleh Craig Gillespie (I, Tonya) berdasarkan skrip yang ditulis Dana Fox dan Tony McNamara.Kristin Burr, Andrew Gunn, dan Marc Platt bertindak sebagai penerbit, manakala aktres yang memainkan watak Cruella de Vil dalam filem live-action remake One Hundred and One Dalmatians, Glenn Close menjadi penerbit eksekutif. 

Menyertai Emma Stone adalah Emme Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser, Emily Beecham dan Mark Strong. Disney Studios Motion Pictures menetapkan tarikh tayangan Cruella pada 28 Mei 2021. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah. 

Related posts

Netflix Dedah Foto & Trailer Musim Akhir “Castlevania”

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

[TRAILER] Jason Statham Sebagai Bapa Yang Sedang Memburu Pembunuh Anaknya Dalam Filem “Wrath of Man”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser Pertama “Mine”, K-Drama Terbaru Yang Akan Disiarkan Mei Ini

Zulaikha

[TRAILER] Filem Thriller Thailand GHOST LAB Akan Ditayangkan Di Netflix 26 Mei Ini

Kakimuvee

Chris Pratt Menentang Makhluk Asing Dalam Teaser “The Tomorrow War”

Kakimuvee