Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Emma Maembong Tidak Memilih Tawaran Lakonan


Selepas dinobatkan sebagai  Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 di Anugerah Telenovela baru-baru ini, pelakon Emma Maembong mendedahkan bahawa beliau tiada sebarang perancangan untuk menjadi lebih selektif dalam memilih watak selepas ini.

Menurut Emma, dia ingin mencuba membawa pelbagai jenis watak di dalam drama mahupun filem.

“Emma dari dulu lagi bukan seorang yang memilih watak untuk dilakonkan dalam drama. Kalau watak yang ditawarkan itu belum pernah dilakonkan lagi, Emma akan terima tawaran tersebut.

“Jika Emma ditawarkan untuk berlakon watak yang sama seperti sebelum ini, Emma akan cuba untuk mencorakkan watak tersebut supaya nampak kelainan,” katanya kepada Gempak. 

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia ingin dikenali sebagai pelakon yang mampu membawa pelbagai jenis watak dalam lakonan. 


Sumber: Astro Awani


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee