Walaupun telah berpisah, Emma Maembong, 23 menyatakan yang dirinya tidak berasa kekok sekiranya diminta untuk berlakon bersama – sama Zizan Razak samada dalam mana -mana filem mahupun drama. Meskipun kisah cinta antara mereka berdua telahpun berakhir, bagi Emma, ianya bukanlah satu masalah dan menganggap ianya sekadar tugas dan perlu profesional.
“Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya. Kami profesional.Ā “Lagipun, dalam industri seni kita yang kecil, tiada gunanya untuk bermasam muka antara satu sama lain,”
–Ā mStar Online.
Pelakon utama drama Isteri Separuh Masa iniĀ telah berpisah dengan pelawak dan pelakon terkenal Tanah Air, Zizan Razak pada awal Januari yang lalu. Namun sebab perpisahan mereka tidak diketahui dan Emma tidak mahu mengulas lanjut megenai punca perpisahan tersebut.