Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Emily Blunt Bertarung Untuk Terus Hidup Dalam Gambar Eksklusif “A Quiet Place Part II”

A Quiet Place merupakan antara filem seram yang menjadi fenomena 2018. Kejayaan filem pertama mendorong pihak studio menyambung ‘survival’ keluarga Abbott menerusi filem kedua berjudul A Quiet Place Part II. Penggambaran filem sekuel ini telahpun selesai pada September yang lalu, dan kini peminat sedang menantikan trailer pertama yang akan didedahkan bila-bila masa.

Sementara menantikan trailer, majalah Total Film telah ‘mengacah’ peminat apabila telah kongsikan gambar eksklusif yang memaparkan Evelyn Abbott lakonan Emily Blunt, sedang memimpin anak-anak mereka termasuk bayi kecil berpindah ke tempat yang selamat. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

A Quiet Place Part II turut menyaksikan pelakon Millicent Simmonds dan Noah Jupe kembali memainkan peranan mereka sebagai Regan dan Marcus Abbott. Selain itu juga, mereka turut disertai pendatang baru iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar.

Sebelum ini, sekuel filem ditetapkan pada 15 Mei 2020, tetapi pihak produksi menganjak tarikh 2 bulan lebih awal iaitu 20 Mac 2020.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment