Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Emily Beecham Bergandingan Dengan Emma Stone Dalam Filem Cruella

Pelakon filem Daphne, Emily Beecham dilaporkan akan menyertai barisan pelakon filem terbaru Disney, Cruella yang diarahkan oleh Craig Gillespie (I, Tonya). Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai peranan yang bakal dibawa oleh pelakon tersebut.

Cruella dibintangi Emma Stone yang akan memainkan peranan utama sebagai Cruella De Vil. Manakala Joel Fry dan Paul Walter yang akan memainkan peranan sebagai orang suruhan Cruella De Vil iaitu Jasper dan Horace. Watak Emma Thompson buat masa ini masih lagi tidak diketahui.





Berlatarbelakangkan era 70an, filem ini akan meneroka kisah antagonis utama dalam buku “The Hundred and One Dalmatians” yang ditulis oleh Dodie Smith pada tahun 1956. Karakter Cruella sebelum ini pernah disuarakan oleh Betty Lou Gerson dalam filem animasi Disney yang diterbitkan pada 1961 dan pernah dilakonkan oleh Gleen Close dalam filem ‘live-action’ yang diterbitkan pada 1996 berserta filem sekuel, 102 Dalmatians yang diterbitkan pada tahun 2000.

Cruella kini sedang dalam pembikinan dan dijangka akan menemui penonton pada 28 Mei 2021




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman