You are here Home » Emilia Clarke Cuba Untuk Bernyanyi Dalam Trailer Antarabangsa Last Christmas

Emilia Clarke Cuba Untuk Bernyanyi Dalam Trailer Antarabangsa Last Christmas

Universal Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem rom-com terbaru, Last Christmas yang turut memaparkan cubaan Emilia Clarke menyanyi lagu klasik popular Last Christmas. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dipemain video dibawah.

Filem ini berkisarkan tentang Kate yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan

Last Christmas turut dibintangi pelakon Emma Thompson dan Michelle Yeoh, manakala skrip yang diinspirasikan dari lagu George Michael ini dihasilkan secara bersama oleh Bryony Kimmings dan Emma Thompson

Filem romantik komedi ini dijangka akan menemui penonton tempatan mulai 14 November nanti.

BACA:  Apabila Musik Batman 1989 Di Gabungkan Dengan Trailer Justice League. Gempak!
Loading...