Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Elizabeth Tulloch Kembali Sebagai Lois Lane Dalam Siri ‘Crossover’ Crisis on Infinite Earths

Semasa di konvesyen San Diego Comic Con baru-baru ini, CW telah mengumumkan Tyler Hoechlin akan kembali membawa wataknya sebagai Clark Kent / Superman dalam siri ‘crossover’ terbaru berjudul Crisis on Infinite Earths. Bagaimanapun, penampilan Superman dalam siri ‘crossover’ tersebut bagaikan tidak lengkap tanpa kekasihnya, Lois Lane.

Dalam perkembangan terbaru, Entertainment Weekly melaporkan pelakon Elizabeth Tulloch akan turut kembali membawakan wataknya sebagai Lois Lan dalam siri akan datang.

Tulloch membuat penampilan pertamanya dalam siri “crossover” Elseworlds pada Disember tahun lalu. Dalam episod akhir, Lois mendedahkan kepada Clark bahawa dia mengandung dan mereka berdua kemudian menuju ke kota Argo sebagai persediaan melahirkan bayi. Menurut laporan dari EW, siri akan datang bakal menampilkan anak Clark dan Lane.

Crisis on Infinite Earths akan mengabungkan keseluruhan francais Arrowverse yang terdiri daripada Arrow, The Flash, Supergirl, DC’s Legends of Tomorrow, dan Batwoman. Siri ini akan dibahagikan kepada dua bahagian dimana tiga episod akan bersiaran pada bulan Disember manakala dua lagi akan bersiaran pada Januari 2020.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Crisis on Infinite Earths turut dibintangi Brandon Routh yang akan memainkan dua peranan iaitu The Atom dan Superman, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment