Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Elizabeth Tan Ingin Beri Tumpuan Dalam Bidang Lakonan

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memberitahu dia mahu memperlahankan kerjaya nyanyiannya bagi memberi tumpuan kepada bidang lakonan pula.

Untuk membuktikan dirinya serius terhadap bidang lakonan, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy sanggup menolak banyak tawaran nyanyian sejak bulan Jun yang lalu.

“Lizzy memang rancak terima tawaran menyanyi dari pelbagai pihak, tetapi saya banyak tolak ‘show’ bermula Jun lalu semata-mata nak terlibat dalam drama dan filem, barulah mereka percaya. Walaupun tawaran menyanyi menjanjikan bayaran yang agak tinggi, namun Lizzy tidak pernah menyesal tolak kerana sudah buat ketetapan dalam diri untuk lakonan benda yang Lizzy lebih minat,” – Elizabeth Tan

Penyanyi “Knock Knock” ini mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem sulungnya “Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium” yang mana dia diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama.

Selepas itu, Lizzy banyak tampil dalam drama antaranya “My Darling Inspektor Daniel”, “Gerak Khas”, “The Berlian Job” dan banyak lagi.

Tambahnya lagi, dia juga kini dalam perancangan untuk memasuki kelas lakonan secepat mungkin bagi menambah ilmu lakonan seperti memperbaiki kualiti lakonan.

Selain mahu memperbaiki lakonan, artis berusia 24 tahun ini juga mahu menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik kerana walaupun dia tidak pelat ketika bertutur, tetapi mengakui kadang-kala dia terbalikkan ayat-ayat tanpa disedari.

Walaupun dia kini fokus pada bidang lakonan, namun Lizzy tidak akan tinggalkan dunia muzik.

Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal masuk ke set penggambaran filem terbarunya berjudul “Buskers” tidak lama lagi.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment