Penyanyi popular Elizabeth Tan bakal kembali beraksi di hadapan kamera selepas lebih dua tahun tidak berlakon, apabila dia akan terlibat dengan penggambaran drama 20 episod berjudul “My Darling Inspektor Daniel”.
“Selain saya, pelakon lain yang terlibat adalah Aaron Aziz. Ini adalah drama pertama saya ditawarkan watak utama.
“Saya sendiri pada awalnya sedikit ragu-ragu dengan kemampuan dalam lakonan. Tetapi apabila ditawarkan, saya cuba lakukan semampu yang boleh dan banyak melakukan latihan,” – Elizabeth Tan
Sebelum ini, penyanyi lagu “Knock Knock” ini pernah membintangi filem komedi arahan Mamat Khalid berjudul “Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium” sebagai pelakon utama.