Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Elizabeth Tan Akan Membuat Penampilan Istimewa Dalam Filem “Gila Gusti”


Penyanyi dan pelakon terkenal Elizabeth Tan bakal membuat penampilan cameo dalam filem Gila Gusti arahan Silver Chung.

Ketika bercakap kepada Harian Metro, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa, dia akan membawa watak seorang penyampai dalam gelanggang gusti.

“Saya bukan heroin dalam filem ini kerana ia lebih kepada watak penggusti. Saya terima watak ini kerana saya suka berlakon.

“Lagipun saya memang minat ‘combat sports’. Saya minat UFC (Ultimate Fighting Championship) dan MMA (Mixed Martial Arts). Saya masih lagi ke kelas MMA hampir setiap minggu.”

Ia kelas secara peribadi dan saya boleh sesuaikan masa ikut kelapangan. Berkenaan gusti, ia pengalaman pertama dan bagi saya ia sesuatu yang menghiburkan,” 


Selain Lizzie, filem terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd serta rakan penaja rasmi Quick Sent dan Quin Media itu turut membariskan pelakon seperti Syafie Naswip, Instafamous Aisar Khaledd, pengasas gusti Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka dan penggusti Nor ‘Phoenix’ Diana.

Gila Gusti akan memulakan penggambaran pada awal Januari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Lizzy juga bakal muncul dalam dua lagi filem aksi iaitu Abang Long Fadil 3 dan Escape yang akan ditayangkan pada 2021.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee