Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Elizabeth Olsen Bintangi Siri Terhad HBO Max “Love and Death” Yang Berdasarkan Kisah Benar

HBO Max telah memesan siri terhad Love and Death yang dibintangi Elizabeth Olsen (WandaVision), yang akan memainkan watak pembunuh sebenar Texas, Candy Montgomery.

Siri ini berdasarkan buku Evidence of Love: A True Story of Passion and Death in the Suburbs oleh Jim Atkinson dan Joe Bob Briggs, serta artikel dari Texas Monthly. Sinopsis untuk siri ini adalah, “Dua pasangan yang pergi ke gereja, menikmati kehidupan keluarga di kota kecil di Texas, hingga seseorang mengambil kapak.”

Ketua Kandungan Asli HBO Max Sarah Aubrey sangat gembira dengan siri ini. “Ini adalah kisah yang mencengkam tentang kekecewaan dan keinginan dua wanita di sebuah kota kecil yang memuncak dalam tindakan keganasan yang mengerikan,” kata Aubrey.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan David, Lesli, Nicole, dan Per dan sangat beruntung memiliki Elizabeth di pusat cerita kami untuk menunjukan semua sifat Candy yang menjadikan kisah ini sangat tidak dapat dilupakan.”

Siri ini akan ditulis oleh David E. Kelley (The Undoing) dan diarahkan oleh Lesli Linka Glatter (Mad Men). Kedua-duanya turut berfungsi sebagai penerbit eksekutif. Lionsgate akan menjadi penerbit siri terhad ini. Penerbit eksekutif terdiri daripada Nicole Kidman dan Per Saari melalui Blossom Films, Scott Brown dan Megan Creydt melalui Texas Monthly, Matthew Tinker, Michael Klick, dan Helen Verno.

Related posts

Adakah Loki Akan Mencapai “Tujuan Gemilangnya”?

Kakimuvee

New Documentary Series on Secret Asian Drug Epicenter premieres exclusively on HBO GO July 23

Kakimuvee

NEW HBO LIMITED SERIES THE WHITE LOTUS DEBUTS JULY 12 EXCLUSIVELY ON HBO GO AND HBO

Zulaikha

Siri Prekuel “Supernatural” Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Kakimuvee

THE COUNTDOWN BEGINS AS GLOBAL RICK AND MORTY DAY BLASTS THE MULTIVERSE

Kakimuvee

Leave a Comment