Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Elizabeth Olsen Akan Menjalani Penggambaran “Doctor Strange 2” Disember Ini

Sehari selepas menjalani penggambaran semula WandaVision, nampaknya bintang MCU Elizabeth Olsen akan kembali ke set penggambaran sebagai Scarlet Witch untuk produksi Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Bercakap kepada Conde Nest Traveller, Olsen mengesahkan bahawa dia akan London pada Disember ini untuk menjalani penggambaran yang melibatkan wataknya dalam filem sekuel akan datang. 


“I feel as if British people work to live – they don’t live to work, unlike in LA and New York. I am moving back soon to film the sequel to Doctor Strange, so I’ll be there for Christmas, just outside London. Even given the current circumstances, it will be a nice trip.”

Para pelakon dan krew produksi telah tiba di London untuk melakukan persiapan sebelum memulakan penggambaran sekuel yang dinantikan peminat ini. Sebelum ini, Benedict Cumberbatch mendedahkan bahawa produksi akan bermula pada hujung Oktober atau awal November, namun Marvel Studios menunda tarikh penggambaran ke hujung November. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness digambarkan sebagai filem seram pertama MCU. Cumberbatch kembali meneruskan peranannya sebagai Dr. Stephen Strange bersama-sama Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch.

Menurut Kevin Feige, rancangan Disney+ akan datang, WandaVision dan Loki akan memberi kesan langsung kepada peristiwa dalam sekuel Doctor Strange.

Doctor Strange dan Scarlet Witch muncul dalam filem Avengers: Endgame, di mana mereka berdua kali terakhir dilihat menghadiri pengebumian Tony Stark. Loki juga muncul dalam Endgame, dan kali terakhir dilihat selepas peristiwa pertempuran pertama Avengers di New York, di mana dia melarikan diri dengan kiub Tesseract.

Filem sekuel ini akan diarahkan oleh Sam Raimi (Spider-Man), yang mengantikan tempat Scott Derrickson. Pengarah Loki, Michael Waldron bertindak sebagai penulis lakonlayar. Chiwetel Ejiofor dan Benedict Wong akan meneruskan peranan mereka dalam filem akan datang.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan pada 25 Mac 2022.

 

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment