Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Elisabeth Moss Cuba Melarikan Dalam Klip Filem THE INVISIBLE MAN


Universal Pictures dan Blumhouse Productions telah melancarkan dua klip filem The Invisible Man arahan Leigh Whannell, remake dari filem klasik sci-fi seram berjudul sama. Dalam klip tersebut, ia memaparkan Elisabeth Moss cuba melarikan diri dari Adrian yang sering menderanya. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss), yang menerima berita kematian teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Dia kemudiannya membina kehidupan baru yang lebih baik. Namun, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling, dan mula mensyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Turut membintangi filem ini adalah Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memainkan peranan sebagai Invisible Man.

Pada awalnya, The Invisible Man menjadi sebahagian daripada “Dark Universe” yang dibangunkan Universal Studios, namun ianya diubah menjadi sebuah filem ‘standalone’ dengan mengambil pencipta francais Upgrade dan Insidious, Leigh Whannell sebagai penulis dan pengarah projek ini.

The Invisible Man akan menemui penonton pada 28 Februari 2020.



Related posts

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee