Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Elemen Bollywood Dalam Filem Makrifat Cinta


Pengarah filem Kamal G sanggup mengambil risiko mempertaruh kelainan dalam filem Melayu pertama arahannya berjudul Makrifat Cinta apabila menyuntik elemen Bollywood. Menurut akhbar Harian Metro antara elemen yang diserapkan adalah elemen muzik ala filem Hidustan

“Saya sedia berdepan risiko. Saya sedar tidak ramai peminat genre filem seperti ini tetapi yakin dengan kru teknikal yang separuhnya kami bawa dari Mumbai, India dapat memukau mata mereka yang menonton.

“Ditambah elemen muzik ala filem Hindustan yang diterapkan tidak mustahil akan mengimbau pada filem popular Hindustan sedia ada,” 

Dalam karya terbarunya, Kamal telah menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Nabila Huda, Puteri Balqis dan Datuk Aznil Nawawi.

Menurut pengarah, pemilihan setiap pelakon itu dibuat berdasarkan skrip yang ditulis untuk mereka dan tiada pelakon lain yang boleh menggantikan mereka.


“Makrifat Cinta” menelan belanja besar iaitu sekitar RM4 juta dan menggunakan lokasi di sekitar ibu kota sebagai lokasi penggambaran.

Menariknya filem terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd ini adalah sebuah naskhah yang diangkat dari kisah sebenar. Filem ini bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan