
Filem X-Men keluaran FOX Studio boleh dikatakan studio paling lama memperkenalkan superhero komik kedalam versi live-action. Sejak tahun 2000 sehingga kini, mereka telah menerbitkan hampir 12 filem-filem Superhero mutant & juga Fantastic Four. Yang terbaru dan bakal ditayangkan ialah filem Wolverine 3 yang dikenali dengan tajuk Logan.
Sejak daripada itu, pelbagai karakter-karakter Superhero mahupun supervillain yang diambil dari komik Marvel telah diperkenalkan kepada penonton terutamanya kepada peminat siri komik X-Men.
Namun terdapat beberapa lagi karakter yang masih ditunggu-tunggu oleh peminat untuk membuat kemunculan di layar perak dan antaranya ialah Mister Sinister, salah satu supervillain terkuat dalam siri komik Marvel.
Ramai peminat tertanya-tanya bilakah watak jahat itu bakal muncul dalam filem X-Men, kemudian Post-Credit filem X-Men: Apocalypse telah mendedahkan sebuah kotak yang menunjukkan nama Essex Corps, yang sinonim dengan Mister Sinister.

Post Credit tersebut benar-benar mengembirakan peminat siri komik X-Men dan beranggapan, watak tersebut akan muncul dalam filem Logan. Namun, pengarah Logan James Mangold memberitahu Mister Sinister tidak akan muncul dalam filem arahanya. Jadi bilakah watak supervillain itu akan membuat kemunculannya dalam filem X-Men?
Menurut salah seorang pegawai eksekutif FOX, watak tersebut akan muncul dalam filem X-Men akan datang, tetapi bukan dalam filem Logan. Untuk pengentahuan anda semua, beberapa siri filem X-Men sedang dalam proses development antaranya Deadpool, X-Men: Supernova dan filem solo Gambit (50/50). Mungkin kita akan dapat melihat Mister Sinister dalam salah satu filem berkenaan. Bagi kami di Kakimuvee, kami membayangkan Mister Sinister akan muncul dalam filem solo Gambit memandangkan watak tersebut mempunyai hubungkait dengan Mister Sinister.
Kenapa Mister Sinister akan Muncul dalam filem Gambit, bukannya X-Men: Supernova ataupun Deadpool?
Berdasarkan komik Mister Sinister dan Gambit mempunyai kaitan yang cukup kuat berbanding Jean Grey dan Deadpool. Walaupun Mister Sinister mencipta klon Jean Grey dan Deadpool pernah bertarung dengan Mister Sinister bersama-sama Cable, tapi connection untuk dijadikan filem tidak cukup kuat, tetapi tidak bagi Gambit kerana kedua-duanya pernah duduk dalam pasukan yang sama yang dikenali sebagai Marauder, pasukan pembunuh upahan yang diketuai oleh Mister Sinister.

Jika perancangan filem Gambit berjalan lancar dan mereka memulakan pengambaran pada tahun hadapan, berkemungkinan besar mereka akan mengunakan storyline Marauder sebagai plot filem. Jika tidak, Mister Sinister mungkin akan muncul dalam filem X-Men: Supernova.
Jadi buat masa ini, kita tidak tahu bilakah supervillain ini akan membuat kemunculannya dan dalam filem mana nanti. Apapun, Studio FOX sudah mengesahkan Mister Sinister akan muncul, apa yang kita perlu buat sebagai fanboy X-Men, menunggguuuu..