Slot Tempatan

EJEN ALI THE MOVIE, PUSAKA Ungguli Senarai Pemenang Tellygeram Awards 2020

Views

Filem animasi Ejen Ali The Movie dan Pusaka mengungguli senarai pemenang Tellygeram Awards 2020 yang berlangsung sebentar tadi apabila masing-masing berjaya mengondol empat anugerah bagi setiap kategori.

Ejen Ali The Movie telah dinobatkan dalam kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Skor Terbaik dan Trailer Filem Terbaik, manakala Pusaka mengondol empat anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan Syafiq Kyle, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dimenangi Ogy Ahmad Daud, Sinematografi Terbaik dan Pengarah Terbaik. Sementara itu, filem Banglo No. 99 berjaya menewaskan pencabarnya untuk dinobatkan dalam kategori paling 'panas' iaitu Filem Paling Jahanam.

Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan dalam acara yang disiarkan secara serentak di beberapa media sosial dan laman Youtube pengulas filem tempatan jam 9.00 malam tadi. Pemilihan pemenang dibuat menerusi undian yang dilakukan para juri yang terpilih.

Tellygeram Awards 2020 dibawakan khas oleh Tellygeram bagi menghargai dan mengiktiraf pengiat-pengiat seni  tempatan, dan disokong Kakimuvee serta beberapa laman perfileman tempatan.

Berikuat adalah senarai pemenang bagi setiap kategori Tellygeram Awards 2020.

Pelakon Lelaki Terbaik

  • Syafiq Kyle - Pusaka
  • Datuk Rosyam Nor - Motif
  • Nam Ron - Suatu Ketika
  • Zul Ariffin - Sangkar
  • Zul Ariffin - Misteri Dilaila

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

  • Dain Said - Wira
  • Nam Ron - Geran
  • Din Taman- Suatu Ketika
  • Sahronizam Noor - Busut Bonang
  • Mark Adam - 7 Hari Mencari Cinta

Pelakon Wanita Terbaik

  • Fifi Azmi - Wira
  • Sharifah Amani - Motif
  • Mira Filzah - Sangkar
  • Erra Fazira - Wangi
  • Sasqia Dahuri - Misteri Dilaila

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

  • Nadiya Nisaa - Bu
  • Feiyna Tajuddin - Geran
  • Sweet Qismina - Pusaka
  • Ogy Ahmad Daud - Pusaka
  • Sharifah Shahira - 7 Hari Mencari Cinta

Sinematografi Terbaik

  • Nurhanisham & Muhammad  - Suatu Ketika
  • Madnor Kasim - Pusaka
  • Helmi Yusof - Anak Perjanjian Syaitan
  • Danesh Raveendranath - Garang
  • Indra Che Muda - Misteri Dilaila

Skor Terbaik

  • Azri Yunus & Hakim Kamal - Ejen Ali The Movie
  • Ricky Lionardi - Pusaka
  • Yuri Wong - BoboiBoy Movie 2
  • Alfa Booty - Busut Bonang
  • Irena Taib & Eng Hooi Teoh - Motif

Lakon Layar & Skrip Terbaik

  • Usamah Zaid, Shafiq Isa, Fuad Md Din - Ejen Ali the Movie
  • Anwari Ashraf, Alfie Palermo, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan, Luqman Ghazali - Pusaka
  • Hjh Ainon, Nur Naquyah, Aliya Nazlan - Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
  • Mira Mustaffa - Sangkar
  • Prakash Murugiah, Nadia Azlan, Adi Bear, Mynn Lee - Suatu Ketika

Trailer Filem Terbaik

  • Astro Shaw, Primeworks, GSC - Wira
  • Astro Shaw - Pusaka
  • Wau Animation, Primeworks - Ejen Ali the Movie
  • Les' Copaque Production: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
  • SKOP Production: Misteri Dilaila

Cameo Terbaik

  • Datuk Yusof Haslam - Banglo No. 99
  • Megat Sharizal - Pusaka
  • Datuk Raja Mazid Mat Isa - Geran
  • Faizal Hussein - Geran
  • Faizal Hussein - XX-Ray 3

Pengarah Filem Terbaik

  • Razaisyam Rashid - Pusaka
  • Usamah Zaid - Ejen Ali the Movie
  • Prakash Murugiah - Suatu Ketika
  • Areel Abu Bakar - Geran
  • Adam Amarudin, Ahmad Razuri, Syed Nurfaiz - Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Filem Paling Jahanam

  • Janu Talkies - Felina
  • Madness Film Sdn. Bhd. - Kolong
  • Ace Motion Pictures - XX-Ray 3
  • SB Produxtion, Dream Pix Media Sdn. Bhd. - Homestay
  • Xtreme 5 Production Sdn. Bhd. - Banglo No. 99

Filem Terbaik

  • Astro Shaw, Director's Think Thank, Alpha 47 - Pusaka
  • Wau Animation, Primeworks - Ejen Ali the Movie
  • Kash Pictures - Suatu Ketika
  • Another Planet - Fly By Night
  • Astro Shaw, Primeworks - Sangkar

#TellygeramAwards, #TGA2020 #NoOneIsSafe

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks