Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Ejen Ali The Movie Teruskan Penguasaan! Catat Kutipan RM 30 Juta Dalam Tempoh 6 Minggu Tayangan.

Kehebatan ejen cilik berusia 12 tahun diteruskan lagi apabilan filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation, Ejen Ali the Movie meneruskan penguasaan carta perfilem tempatan dengan meraih kutipan RM30 Juta dalam tempoh 6 minggu tayangan. Kehayaan tersebut sekaligus melakar sejarah sebagai produksi animasi tempatan paling laris bagi tahun 2019.

Kejayaan luar biasa ini diperolehi dari hasil sokongan padu penggemar filem dan peminat Ejen Ali yang telah beberapa kali menonton filem tersebut di pawagam sejak dari hari pertama tayangannya, iaitu pada 28 November 2019.

Filem Ejen Ali the Movie yang mula menguasai pawagam tempatan sejak musim cuti persekolahan yang lalu telah bersaing hebat dan berjaya menandingi filem-filem popular antarabangsa yang lain. Rentetan dari kejayaan ini, tahun 2019 telah diangkat sebagai ‘Tahun Animasi Malaysia’ dan filem Ejen Ali the movie tampil sebagai filem animasi tempatan nombor #1 di Malaysia serta nombor #3 bagi kategori kutipan filem tertinggi sepanjang tahun.

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Primeworks Studios berjaya mencipta sejarah baru hari ini dengan kejayaan filem Ejen Ali the Movie.”

“Saya percaya bahawa pencapaian ini bukan sahaja berjaya mengetengahkan potensi serta bakat-bakat baru dari WAU Animation bahkan ianya juga dapat membuktikan kredibiliti industri perfileman dan animasi Malaysia dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mendapat sokongan padu dan menjadi kebanggaan penonton.”

“Terima kasih kerana menyokong dan menjadikan filem Ejen Ali the Movie sebagai filem animasi nombor satu dan filem animasi ketiga terbesar sepanjang tahun.”

Filem animasi ini masih lagi ditayangkan dibeberapa pawagam tempatan dan sedang meluaskan penguasaannya di pasaran Indonesia sejak 1 Januari yang lalu.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Leave a Comment