Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Ejen Ali The Movie Terus Ungguli Carta Box Office Tempatan, Raih RM6.4 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Ejen Ali The Movie terus mencatat kutipan memberangsangkan apabila berjaya meraih RM6.4 juta dalam tempoh tiga hari tayangannya. Kutipan tersebut merangkumi pawagam-pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, jumlah yang dicatatkan itu di luar jangkaan dan berharap kutipan akan bertambah kerana cuti sekolah yang sudah bermula.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap produk filem Malaysia. Dari awal lagi kami sangat terkejut dengan sambutan luar biasa ini dan menerima banyak maklum balas positif daripada penonton.

“Malah, apa yang membuatkan kami lebih bersemangat adalah ramai mengatakan kualiti filem ini mengalahkan filem antarabangsa. Saya berharap, angka ini akan bertambah sepanjang musim cuti sekolah ini,” katanya.

Sebelum ini, filem animasi terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta selepas hari pertama ditayangkan.

Catatan kutipan itu juga sekaligus mencatat rekod baru bagi kutipan hari pertama untuk filem animasi tempatan sejak tayangan pertama.

Sumber: Harian Metro

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

Leave a Comment