Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

“Ejen Ali The Movie” Sasar Kutipan RM20 Juta


Tahun 2019 merupakan tahun yang cukup gemilang buat industri animasi tanah air apabila dua filem animasi tempatan yang ditayangkan pada tahun ini iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan BoBoiBoy Movie 2 telah berjaya mencatatkan kutipan yang mencecah puluhan juta ringgit.

Sehubungan dengan itu, satu lagi filem animasi tempatan, Ejen Ali the Movie turut berharap dapat mengikut jejak langkah kedua-dua filem tersebut dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM20 juta apabila ditayangkan kelak.

Ketika ditemui pada sidang media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation yang juga pengarah kepada filem animasi ini, iaitu Usamah Zaid Yasin berkata, dia sangat teruja apabila animasi terbitannya akhirnya berjaya ke layar perak selepas animasi Ejen Ali bersiaran selama dua musim.

“Alhamdulillah setelah lebih dua musim bersiaran animasi “Ejen Ali” semakin mendapat sambutan bukan sahaja daripada golongan kanak-kanak, malah orang dewasa juga meminati animasi ini. Saya rasa filem “Ejen Ali The Movie” ditayangkan pada tepat pada waktunya kerana tahun ini boleh dikatakan tahun yang cukup cemerlang buat industri animasi tempatan selepas kejayaan dua filem animasi “Upin & Upin: Keris Siamang Tunggal” dan “BoBoiBoy Movie 2”.

“Diharapkan sambutan positif terhadap filem animasi tempatan akan berterusan untuk filem “Ejen Ali The Movie”, dan saya berharap agar filem saya mampu dapat kutipan sekitar RM20 juta,”


BoBoiboy Movie 2 kini menguasai tangga pertama filem animasi tempatan dengan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM29.60 juta, diikuti Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dengan kutipan sebanyak RM25 juta.

Ejen Ali The Movie akan mengisahkan mengenai tentang seorang budak sekolah berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi yang dikenali sebagai MATA. Bagaimanapun konflik mula timbul Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa IRIS. Dia yang berasa terpinggir memulakan pengembaraan baru demi membongkar kebenaran.

Filem animasi ini akan ditayangkan serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 28 November depan.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee