
Siaran Akhbar:-
Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia berjaya merangkul dua kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2020 apabila diumumkan sebagai pemenang untuk mewakili Malaysia, secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Asian Academy Awards (AAA) .
Filem box office dan animasi #1 Malaysia yang berjaya meraih kutipan melebihi RM30juta Ejen Ali The Movie, hasil usahasama Primeworks Studios dan WAU Animation ini mendapat penghormatan menerusi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) untuk pengarah, Usamah Zaid Yasin. Ini merupakan tahun kedua untuk Ejen Ali di Asian Academy Creative Awards, selepas kemenangan siri TV pada tahun 2018 bagi kategori Program Animasi 3D Terbaik atau kategori Siri (Malaysia).
Manakala, Alif & Sofia pula mengungguli kategori Program Prasekolah Terbaik. Siri animasi 3DĀ yang diterbitkan untuk platform YouTube, dihasilkan bersama antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios ini menampilkan pengembaraan dua adik-beradik yang aktif, bertanggungjawap dan mereka menerokai dunia kanak-kanak melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan iaitu belajar menerusi cerita, muzik, lagu, tarian dan permainan imaginatif yang diilhamkan dari pembelajaran kehidupan Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, berkata, “Ini adalah pencapaian yang luar biasa bagi kami, ditambah lagi dengan peluang mewakili Malaysia untuk bersaing diĀ Asian Academy Creative Awards dan disenaraikan diantara kandungan terbaik dari seluruh Asia adalah satu pencapaian tinggi bagi kami di dalam tahun yang mencabar ini lebih-lebih lagi dengan apa yang yang berlaku sekarang ini akibat dari wabak COVID-19, ianya sangat terkesan kepada industri media.Ā Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan kerjasama kami WAU Animation dan Blindspot Studios atas kecemerlangan mereka mencipta dan menerbitkan kandunganĀ animasi berstandard tinggi yang dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.Ā Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang turut berganding bahu menyokong perjuangan penerbit animasi tempatan.”
Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Animasi WAU, menyatakan, āKami merasa teruja dengan kemenangan ini, terima kasih diucapkan kepada panel juri Asian Academy Creative Awards yang memilih kami.Ā Kemenangan iniĀ menjadi pembakar semangat untuk kami mengembangkan lagi jalan cerita Ejen Ali kepada skala filem epik agar dapat menjangkau penonton di semua peringkat umur.Ā Harapan agar visi kami untuk meletakkan animasi bukan sekadar untuk golongan kanak-kanak akan menjadi kenyataan.Ā Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Primeworks Studios dan MDEC atas sokongan selama ini. “
Ketua Pegawai Eksekutif Blindspot Studios, Lukman Nulhakim Othman, menambah, “KetikaĀ mencipta watak Alif & Sofia, kami memikirkan bagaimana kami dapat membantu ibu bapa membimbing anak-anak dengan kandungan yang menyeronokkan. Prasekolah adalah tempoh peralihan yang paling formatif bagi kanak-kanak dan mencabar bagi ibubapa.Ā Dengan kemenangan ini kami merasakan usaha kami dihargai danĀ ia sebagai petanda bahawa kami berada di landasan yang betul.Ā Ia juga sebagai dorongan untuk terus menghasilkan karya bermutu dan mengangkat animasi negara ke peringkat lebih tinggi.Ā Terima kasih kepada rakan-rakan di Primeworks Studios dan MDEC kerana telah menyokong usaha kami sejak hari pertama. “
Asian Academy Creative Awards (AAA) adalah anugerah tahunan berprestij yang meraikan karya-karya dari Australia & New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Anugerah ini adalah untuk meraikan usaha industri kreatif dalam penerbitan kandungan dan produksi. Ā Acara kemuncak AAA 2020 dijadualkan berlangsung pada 3 danĀ 4 Disember 2020.Ā Untuk maklumat lanjut mengenai upacara anugerah, sila layari https://www.asianacademycreativeawards.com