Slot Tempatan

Ejen Ali The Movie: Misi Menawan Indonesia Bermula!

Views

Selepas misi di Malaysia, Singapura dan Brunei berjaya diselesaikan, Ejen Ali The Movie meneruskan misinya, kali ini untuk menggegar pawagam di Indonesia!.

Mulai 1 Januari ini, peminat animasi di Indonesia bakal menyaksikan filem hit Ejen Ali the Movie dipawagam-pawagam terpilih disana. Filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animatuon itu telahpun membuat tayangan perdana bertempat pusat membeli belah Grand Indonesia pada 26 Disember yang lalu. Tayangan tersebut telah dihadiri rakan-rakan media, rakan kerjasama Primeworks Studios dan Media Prima Berhad, serta peminat-peminat Ejen Ali yang terpilih.

Meraih lebih dari 2 juta tontonan setiap minggu di saluran televisyen Malaysia TV3 dan mencecah lebih dari 1.67 juta langganan di laman YouTube, Ejen Ali kini menjadi salah satu jenama animasi yang telah berjaya melebarkan sayapnya ke negara Asia. Mula ditayangkan di skrin televisyen Malaysia pada tahun 2016, siri animasi Ejen Ali telah disiarkan di lebih dari 50 buah negara, termasuklah di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara serta di saluran televisyen tempatan Indonesia, MNCTV.

Ejen Ali the Movie mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji. 

Filem EJEN ALI THE MOVIE bakal menemui peminat di pawagam-pawagam terpilih Indonesia iaitu CGV, Flix, Kota Cinema, Platinum dan Cinemaxx bermula pada 1 Januari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks