Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”


20th Century Studios telah mengeluarkan trailer untuk filem akan datang Boston Strangler, yang akan tersedia untuk penstriman pada 17 Mac 2023 di Disney+ Hotstar. 

Diarahkan dan ditulis oleh Matt Ruskin, Boston Stranger adalah filem jenayah thriller yang berdasarkan kejadian sebenar dimana seorang wartawan membongkar kisah pembunuhan bersiri Boston Strangler yang terkenal semasa era 1960an. 

Anda boleh tonton trailer dibawah:

Boston Strangler dibintangi Keira Knightley, Carrie Coon, Alessandro Nivola, David Dastmalchian, Morgan Spector, Bill Camp dan Chris Cooper.

Ditulis dan diarahkan oleh Matt Ruskin, filem ini diterbitkan Ridley Scoot, Kevin J. Walsh, Michael Pruss, Josey McNamara dan Tom Ackerley.


 

Filem ini mengikuti Loretta McLaughlin (Keira Knightley), seorang wartawan untuk akhbar Record-American, yang menjadi wartawan pertama yang mengai pembunuhan Boston Strangler. Apabila pembunuh misteri itu menuntut semakin ramai mangsa, Loretta cuba meneruskan siasatannya bersama rakan sekerja dan orang kepercayaannya Jean Cole (Carrie Coon), namun kedua-duanya mendapati diri mereka terhalang oleh seksisme yang berleluasa pada era itu.

Namun begitu, McLaughlin dan Cole dengan berani meneruskan cerita itu dengan risiko peribadi yang besar, mempertaruhkan nyawa mereka sendiri dalam usaha mereka untuk mendedahkan kebenaran.

 


Related posts

Siri Psikothriller Jepun “GANNIBAL” Disambung Untuk Musim Ke-2

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee