
Laman hiburan CinemaBlend melaporkan bahawa filem komedi pengintipan ala James Bond, Kingsman, kembali dalam sekuel terbaru bertajuk Kingsman: The Golden Circle dengan pelakon utama Taron Egerton akan kembali membawa watak utama iaitu Eggsy Unwin.
Buat masa ini, details filem seperti karakter dan plot masih tidak diketahui, tetapi pengambaran telah pun bermula dengan principal fotografi telahpun selesai pada bulan Oktober yang lalu dan tarikh tayang telah ditetapkan pada Oktober 2017.
Menurut pelakon utama, Taron Egerton, filem sekuel kali ini dijangka lebih hebat dan menarik dari sebelumnya dan mampu memberi kepuasan kepada peminat filem ini.

Menurut pelakon itu juga, teaser trailer untuk filem ini dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.
Selain Egerton, beberapa pelakon dari sekuel pertama akan kembali dalam filem ini termasuk beberapa muka baru yang boleh dikatakan individu terkenal antaranya Jeff Bridges, Channing Tatum, Elton John, Pedro Pascal dan Halle Berry,
Menurut laporan laman web berkenaan, Eggst dan Merlin telah ke Amerika Syarikat selepas pengkalan Kingsman musnah dan mereka berkerja dengan agensi perisikan Amerika yang diketuai oleh Ginger lakonan Halle Berry untuk menghalang penjahat.
Kingsman: The Golden Circle akan ditayangkan pada 6 Oktober 2017