Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Edward Furlong Kembali Sebagai John Connor Dalam Filem Terminator: Dark Fate

Lagi berita menarik dari barisan panel Terminator: Dark Fate di konvensyen San Diego Comic Con. Pencipta francais dan juga penerbit, James Cameron mengumumkan aktor Edward Furlong akan kembali membawakan wataknya sebagai John Connor dalam filem kali ini.

Karakter John Connor pertama kali disebut dalam filem Terminator (1984) dan membuat penampilan pertama menerusi filem Terminator 2: Judgement Day yang dilakonkan oleh Furlong. Watak itu kemudian dilakonkan oleh beberapa aktor iaitu Nick Stahl, Christian Bale dan Jason Clarke.

Pelakon kanak-kanak Jude Collie akan menjadi ‘body double’ untuk watak John Connor semasa remaja dan teknologi CGI akan digunakan untuk mencipta wajah Edward Furlong semasa muda untuk babak ‘flashback’ Terminator: Dark Fate.

27 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan jalurmasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton akan membawakan wataknya, Sarah Connor, manakala James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate dijangka akan menemui penonton pada 1 November ini.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment