Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Editor ‘Watchmen’ Stacy Osei-Kuffour Dipilih Untuk Menulis Lakonlayar “Blade”

Editor Watchmen Stacy Osei-Kuffou telah dipilih untuk menulis projek terbaru Marvel Studios Blade, lapor The Hollywood Reporter.

Sumber melaporkan, pihak studio telah menghabiskan masa enam bulan kebelakangan ini untuk bertemu dengan pelbagai penulis bagi membincangkan tentang projek terbaru ini, dengan Mahershala Ali terlibat secara langsung dalam pencarian penulis. 


Stacy Osei-Kuffou bukan sahaja menulis episod Watchmen, dia juga turut terlibat sebagai editor cerita untuk siri Amazon, Hunters, eksekutif editor cerita untuk drama HBO Run dan juga menulis episod untuk siri Hulu, PEN15, yang mana dia turut mendapat pencalonan Emmy. 

Blade pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1998 dan dibintangi Wesley Snipes yang memainkan peranan utama. Filem arahan Stephen Norrington dan lakonlayar oleh David S. Goyer mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik, tetapi sukses dipentas box office dengan kutipan sebanyak $131.2 juta dolar berbanding kos penggambaran sebanyak $45 juta.

Sekuel Blade II yang ditayangkan pada 2002 turut sukses dipentas box office, bagaimanapun filem ketiga Blade: Trinity menerima respond negatif dari pengkritik dan penonton serta gagal mendapat kutipan yang diharapkan.

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Leave a Comment