
Paramount Pictures dan Edgar Wright (Baby Driver) kini dalam rundingan akhir untuk projek terbaru bertajuk “The Running Man“, sebuah filem yang diadaptasikan dari novel karya Stephen King berjudul sama.
Novel ‘The Running Man’ diterbitkan pada tahun 1982 dengan menggunakan nama pena Stephen King, Richard Bachman. Kisahnya ditetapkan dalam dunia distopia Amerika Syarikat pada tahun 2025, di mana ekonomi negara sedang hancur dan keganasan dunia semakin meningkat.
Plotnya tertumpu pada protagonis Ben Richards, seorang lelaki yang terdesak mencari wang untuk menyara anaknya yang sakit, Cathy dan isterinya Sheila. Untuk mendapatkan kembali kebebasannya, dia menyertai satu rancangan televisyen yang dipanggil ‘The Running Man’, di mana para peserta perlu melarikan diri dari ‘pemburu’ yang ingin membunuh mereka
Novel ini pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1987 dan dibintangi Arnold Schwarzenegger. Bagaimanapun, filem arahan Paul Michael Glaser itu tidak mendapat sambutan penonton.
Sumber melaporkan, filem akan datang bukanlah ‘remake’ filem tahun 1987, tetapi lebih kepada adaptasi novel mengikut acuan Edgar Wright. Michael Bacall (francais Jump Street) akan menulis lakonlayar.
Adaptasi terbaru ini akan diterbitkan oleh ketua kreatif X-Men Fox, Simon Kinberg dan Audrey Chon melalui syarikat produksi Genre Films bersama Nira Park untuk produksi Complete Fiction label.
Sumber: Comingsoon,net