Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Eddie Murphy Sertai Jonah Hill Dalam Filem Komedi Terbaru Netflix

Calon Oscar Eddie Murphy (Dreamgirls) akan menyertai Jonah Hill (The Wolf of Wall Street) dalam filem komedi terbaru Netflix yang akan datang, lapor The Hollywood Reporter.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk itu akan diarahkan oleh Kenya Barris (Black-ish), yang akan membuat debut sebagai pengarah dengan filem ini. Barris dan Murphy sebelum ini pernah bekerjasama menerusi filem Coming 2 America, dengan Barris dikreditkan sebagai penulis lakon layar untuk sekuel tersebut. Jonah Hill dan Barris akan menulis lakon layar untuk filem akan datang dengan Khalabo Ink Society sebagai penerbit filem.

Butiran plot masih belum diketahui, tetapi The Hollywood Reporter menggambarkan filem ini sebagai “pemeriksaan mendalam mengenai cinta moden dan dinamik kekeluargaan,” dengan Murphy dan Hill akan memainkan watak dari latarbelakang budaya yang berbeza yang akan membentuk hubungan mereka. 

Buat masa ini, barisan pelakon lain masih belum diumumkan Netflix. 

Selepas menguasai filem-filem komedi era 80an-90an, Eddie Murphy berehat sebentar selepas filem tahun 2012 A Thousand Words. Dia bagaimanapun kembali ke dunia lakonan dengan membintangi filem Netflix Dolemite Is My Name (2019) dan mendapat pujian hangat untuk prestasi lakonannya. 

Filem terbarunya, Coming 2 America, tidak diterima dengan baik, tetapi masih menjadi hit yang cukup besar buat Amazon.

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment