Aktor Ed Skrein yang sebelum ini disahkan akan berlakon dalam filem reboot Hellboy bertindak keluar dari barisan pelakon kerana masalah watak. Dalam laporan sebelum ini, bintang filem Deadpool itu akan membawa watak Benjamin Daimio. Bagaimanapun, pemilihan sebagai pelakon akan membawakan watak tersebut telah menimbulkan kontroversi dikalangan peminat.
Sebab utamanya ialah isu “whitewashing” pada karakter tersebut. Skrein tidak menyedari bahawa watak yang bakal dibawakan oleh itu ada karakter Asian dalam komik Hellboy. Peminat-peminat komik Hellboy telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka disebabkan karakter tersebut dibawa oleh aktor kulit putih, bukannya aktor dari Asia.
I accepted the role unaware that the character in the original comics was of mixed Asian heritage,” “There has been intense conversation and understandable upset since that announcement, and I must do what I feel is right.”
“It is my hope that one day these discussions will become less necessary and that we can help make equal representation in the Arts a reality,” “I am sad to leave Hellboy but if this decision brings us closer to that day, it is worth it. I hope it makes a difference” – Ed Skrein
Kontroversi “whitewashing” bukan pekara baru dalam dunia perfilemana Hollywood dimana mereka gemar menukar karakter Asian dengan pelakon-pelakon US seperti mana yang berlaku dalam beberapa filem seperti Ghost in the Shell dan Doctor Strange.
Filem Hellboy merupakan filem reboot dan diarahkan oleh Neil Marshall dan dibintangi David Harbour sebagai Hellboy, Ian McShane sebagai Trevor Bruttenholm, Milla Jovovich sebagai the Blood Queen dan Sasha Lane sebagai Alice Monaghan.