Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

ECHO Diibaratkan Seperti Daredevil Musim 4, Hampir Kesemua Pelakon Rancangan Netflix Itu Dijangka Kembali

Hujung minggu yang lalu, telah tersebar khabar angin mengenai penglibatan watak Daredevil lakonan Charlie Cox dalam siri spin-off Echo yang akan ditayangkan di Disney+ tidak lama lagi. 

Kini, laporan terbaru mengatakan, bukan sahaja Charlie Cox akan kembali meneruskan peranannya, malah hampir kesemua pelakon dari siri Marvel Netflix, Daredevil, dijangka kembali dalam siri akan datang.

Menurut pengguna patreon, @DanielRPK, siri Echo diibaratkan seperti Daredevil Musim 4. Ini disebabkan, hampir kesemua watak dari rancangan Daredevil akan kembali dan mereka akan memainkan peranan besar dalam siri tersebut. Bagaimanapun, watak Echo masih lagi “menjadi watak utama dan itu adalah rancangannya.” 

@DanielRPK turut mengatakan bahawa “watak-watak tersebut akan di’reboot’ untuk di masukkan ke dunia MCU, tetapi masih mempunyai sejarah antara satu sama lain. Jadi, mereka akan kelihatan agak berbeza dari segi latarbelakang, tetapi masih dilakonkan oleh pelakon yang sama.

Dalam versi komik, Echo lebih dekat dengan Daredevil berbanding Clint Barton, jadi penglibatan Daredevil dalam siri akan datang mungkin masuk akal.

Selain itu, jika Kingpin (Vincent D’Onofrio) benar-benar muncul dalam Hawkeye, kita mungkin dapat melihat adaptasi dari komik Daredevil karya David Mack dan Joe Quesada, yang menyaksikan Fisk menghantar anak angkatnya untuk memburu Daredevil … tetapi dalam masa yang sama, alter-ego awam mereka sebenarnya berhubungan secara romantis. 

Echo adalah spin-off kepada siri Disney+ Hawkeye yang akan datang, dan akan memberi fokus pada watak Echo, yang merupakan anak angkat kepada watak penjahat Kingpin dalam komik. Pelakon Alaqua Cox akan memainkan watak utama sebagai Maya Lopez / Echo, dan dia akan muncul dalam siri Hawkeye terlebih dahulu sebelum membuat penampilan dalam siri solonya sendiri. 

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment